Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.” Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.

Waktu: Antara waktu Maghrib sampai Isya'. Selepas mengerjakan solat sunat selepas solat fardhu Maghrib.

Dilakukannya sebanyak 6 raka'at dengan tiga salam.

Lafaz niat:


أُصَلِّيْ سُنَّةَ الأَوَّبِيْنَ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku solat sunat Awwabin dua raka'at kerana Allah Taala."


Pada dua rakaat yang PERTAMA

Rakaat pertama:
Surah Al Fatihah
Surah Al Ikhlas - 6 kali
Surah Al Falaq - sekali
Surah Al Nas - sekali

Rakaat kedua:
Surah Al Fatihah
Surah Al Ikhlas - 6 kali
Surah Al Falaq - sekali
Surah Al Nas - sekali

Pada dua rakaat yang KEDUA

Dilakukan sepertimana dua rakaat yang pertama.

Pada dua rakaat yang TERAKHIR

Rakaat pertama:
Surah Al Fatihah
Surah Al Kafirun

Rakaat kedua:
Surah Al Fatihah
Surah Al Ikhlas