Mari kita 'Check' Tahap nafsu kita Melalui rujukan di bawah:


1. AMMARAH.

      i.        Bakhil atau kedekut.
    ii.        Tamak dan loba kepada harta benda.
   iii.        Berlagak sombong dan takabbur.
   iv.        Suka bermegah megah dan bermewah mewah.
    v.        Ingin namanya terkenal dan masyur.
   vi.        Hasad dengki.
  vii.        Berniat jahat dan khianat.
viii.        Lupa kepada Allah swt.
   ix.        Dan lain lain sifat tercela.

2. LAWWAMAH.

      i.        Menyesali kesalahan diri atau menyesal berbuat kejahatan.
    ii.        Timbul perasaan takut kalau bersalah.
   iii.        Kritis terhadap apa yang dinamakan kejahatan.
   iv.        Hairan kepada diri sendiri, mengira dirinya lebih baik dari orang lain (ujub).
    v.        Memperbuat sesuatu kebaikan agar dilihat dan dikagumi orang (riak).
   vi.        Menceritakan kebaikan yang telah diperbuatnya supaya mendapat pujian orang (sam'ah).
  vii.        Dan lain lain sifat tercela.

3. MULHAMMAH.

      i.        Tidak menyayangi harta benda (pemurah)
    ii.        Merasa cukup dengan apa yang ada(qana'ah)
   iii.        Mempunyai ilmu ladunni,yakni ilmu yang didapati dari ilham.
   iv.        Timbul perasaan merendah diri pada Allah (tadharuk)
    v.        Taubat, memohon ampun pada Allah dari dosa yang telah dikerjakan.
   vi.        Sabar dalam segala hal yang menimpa.
  vii.        Tenang menghadapi segala kesulitan.
viii.        Dan lain lain sifat terpuji.

4. MUTHMAINNAH.

      i.        Pemurah dan selalu tidak punya wang ditangan kerana suka bersedekah.
    ii.        Menyerahkan diri pada Allah(Bertawakkal).
   iii.        Bersifat arif dan bijaksana.
   iv.        Kuat beramal dan kekal mengerjakan ibadat.
    v.        Mensyukuri nikmat yang diperolehi dengan membesarkan Allah.
   vi.        Menerima dengan rasa puas apa yang dianugerahkan Allah(redha menerima qada dan qadar)
  vii.        Takwa kepada Alllah(takwallah)
viii.        Dan lain lain sifat mulia.

5. RADHIYAH.

      i.        Zuhud dari dunia.
    ii.        Ihklas kerana Allah.
   iii.        Warak dalam ibadat.
   iv.        Meninggalkan sesuatu yang bukan pekerjaannya.
    v.        Menunaikan dan menetapkan hukum hukum Allah.
   vi.        Dan lain lain perangai terpuji dan mulia.

6. MARDHIYAH.

      i.        Baik budi pekertinya seperti akhlak Nabi Nabi.
    ii.        Ramah tamah dengan pergaulan dengan masyarakat sebagaimana perangai para nabi.
   iii.        Sentiasa merasa berdamping dengan Allah.
   iv.        Selalu berfikir pada kebesaran Allah.
    v.        Redha dengan apa saja pemberian Allah.
   vi.        Dan lain lain budi pekerti yang luhur dan terpuji.

7. KAMILAH. 

Cantuman semua sifat sifat terpuji dari lawammah ke mardhiyah.

Wallahu'alam, semoga bermanfaat.

--------------------------------------------------------------

Ammarah, ibarat besi berkarat
Lawwamah, ibarat perak
Mulhamah, ibarat suasa
Muthmainnah, ibarat Emas 7
Radhiah, ibarat emas 8
Mardhiah, ibarat emas 9
Kamilah, ibarat emas 10
Nabi-nabi, ibarat Intan
Rasul-rasul, ibarat berlian
Orang kafir, ibarat telur busuk


Di Mana Kedudukan kita?