CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYYAH

AQIDAH

1.Membahagikan Tawhid kepada 3 Kategori
(i)Tawhid Rububiyyah: Dengan tawhid ini, mereka mengatakan bahawa kaum musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tawhid.
(ii)Tawhid Uluhiyyah: Dengan tawhid ini, mereka menafikan tawhid umat Islam yang bertawassul, beristigathah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara tersebut diterima oleh majoriti ulama’ Islam khasnya ulama’ empat mazhab.
(iii)Tawhid Asma’ dan Sifat: Tawhid versi mereka ini boleh menjerumuskan seseorang ke lembah tashbih dan tajsim
i. Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
ii. Merterjemahkan yad sebagai tangan
iii. Menterjemahkan wajh sebagai muka
iv. Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah ‘ulya)
v. Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
vi. Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
vii. Menterjemah saq sebagai betis
viii. Menterjemah asabi’ sebagai jari-jari, dll
ix. Menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa [Terbaru]
x. Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat mutashabihat
xi. Sebahagian golongan Mujassimah menyatakan bahawa Allah (Rujuk Kitab Ibthal al-Ta'wilat oleh Abu Ya'la al-Farra'): [Terbaru]

* mempunyai gusi (اللثة) dan gigi gerham (الأضراس) [Terbaru]
* akan "duduk" bersama Nabi Muhammad SAW di atas arash [Terbaru]
* mempunyai mulut (الفم) [Terbaru]

2.Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh yang dipegang oleh ulama’ Asha’irah.
3.Memahami ayat-ayat mutashabihat secara zahir tanpa huraian terperinci dari ulama’ mu’tabar
4.Menolak Asha’irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama’ Islam dalam perkara Aqidah
5.Sering mengkrititik Asha’irah bahkan sehingga mengkafirkan Asha’irah
6.Menyamakan Ashai’rah dengan Mu’tazilah dan Jahmiyyah atau Mua’ththilah dalam perkara mutashabihat
7.Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan falsafah Yunani dan Greek
8.Berselindung di sebalik mazhab Salaf
9.Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah, al-Mushabbihah, al-Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama’ Ahli Sunnah wal Jama’ah
10.Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash’ari telah kembali ke mazhab Salaf setelah bertaubat dari mazhab Asha’irah
11.Mendakwa kononnya ulama’ Asha’irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu Hasan al-Asha’ri
12.Menolak ta’wil dalam bab Mutashabihat
13.Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik
14.Mendakwa bahawa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada syirik
15.Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya’, ulama’ dan solihin dengan dakwaan menghindari syirik
16.Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai membuat amalan syirik
17.Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya’ serta solihin
18.Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang syirik
19.Memandang remeh karamah para awliya’
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab api neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna Aminah [Terbaru]


SIKAP

1.Sering membid’ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan mereka
2.Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak)
3.Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak layak)
4.Sering memperlekehkan ulama’ pondok dan golongan agama yang lain.
5.Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke atas orang Islam.
6.Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal)

ULUM HADIS

1.Menolak beramal dengan hadis dhaif
2.Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama’ hadis yang lain
3.Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis. Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadis dan diketahui bahawa beliau belajar hadis secara sendiri dan ilmu jarh dan ta’dil beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4.Sering menganggap hadis dhaif sebagai hadis mawdhu’ [mereka melonggokkan hadis dhaif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis tersebut adalah sama]
5.Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadis, dan bukan pada makna hadis. Oleh kerana itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat
6.Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah.


ULUM QURAN

1.Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebahagian Wahhabi Malaysia yang jahil)


FIQH

1.Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2.Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram
3.Memandang amalan bertaqlid sebagai bid’ah; kononnya mereka berittiba’
4.Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5.Sering menggunakan dakwaan ijma’ ulama dalam masalah khilafiyyah
6.Sering bercanggah dengan ijma’ ulama’
7.Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah bid’ah
8.Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta’sub mazhab
9.Salah faham makna bid’ah yang menyebabkan mereka mudah membid’ahkan orang lain
10.Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11.Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12.Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu’ al-rukhas

13.Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman


Najis

1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi sebagai najis mughallazah

2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis kerana tidak ada darah yang mengalir [Terbaru]


Wudhu’

1. Tidak menerima konsep air musta’mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang baru.


Azan

1. Azan juma’at sekali; azan kedua ditolak


Solat

1. Mempromosi “Sifat Solat Nabi SAW’, dengan alasan kononnya solat berdasarkan fiqh mazhab adalah bukan sifat solat Nabi SAW yang sebenar
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid’ah
3. Berdiri secara terkangkang
4. Tidak membaca ‘Basmalah’ secara jahar
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat sebagai perkara bid’ah (sebahagian Wahhabiyyah Malaysia yang jahil)
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid’ah
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku’ dan sujud adalah bid’ah
10. Menganggap menyapu muka selepas solat sebagai bid’ah
11. Solat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan solat tarawih itu sebenarnya adalah solat malam (solatul-lail) seperti yang dibuat pada malam-malam biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat solat tarawih dianggap bid’ah
13. Tidak ada qadha’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan
14. Menganggap amalan bersalaman selepas solat adalah bid’ah
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir
17. Boleh jama’ dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat


Doa, Zikir dan Bacaan al-Quran

1. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid’ah
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-‘azim” selepas bacaan al-Quran adalah bid’ah
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala’il al-Khayrat, Selawat al-Syifa’, al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid’ah
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid’ah
9. Menolak amalan ruqiyyah shar’iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa’, azimat, dll
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya’ban sebagai bid’ah yang haram
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya’ban
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya’ban
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa’ adalah bid’ah
15. Mempertikaikan kedudukan solat sunat tasbih


Pengurusan Jenazah dan Qubur

1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid’ah dan solat tidak boleh dijama’ atau qasar dalam ziarah seperti ini
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur
3. Menganggap talqin sebagai bid’ah
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid’ah yang haram
5. Tidak membaca doa’ selepas solat jenazah
6. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid’ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid’ah


Munakahat

1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)


Majlis Sambutan Beramai-ramai

1. Menolak sambutan Mawlid Nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan Mawlid Nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan mawlid adalah bid’ah
5. Menolak sambutan Ma’al Hijrah, Isra’ Mi’raj, dll.

Haji dan Umrah

1. Cuba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu [Terbaru].
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf [Terbaru].
3. Mengubah tempat sa'ie di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia [Terbaru].


PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

1. Ramai para professional menjadi ‘ustaz-ustaz’ mereka (di Malaysia)
2. Ulama’ yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab
d. Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Soleh Ibn Uthaimin
g. Sheikh Soleh Fawzan al-Fawzan
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut para ulama’, sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para ulama’ dan para ulama’ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya’ Ulumiddin”


PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM

1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama’ dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik
5. Di Malaysia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Malaysia dahulu ini ialah Ittiba’ Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba’ al-Sunnah ini.


TASAWWUF DAN TAREQAT

1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu’tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat




Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim tentang kisah Rasulullah SAW membahagikan rambutnya diwaktu bertahallul.

"Maka (Tukang Cukur Rambut Rasulullah SAW) mula mencukur dengan bahagian kanan. Maka Rasulullah SAW membahagi bahagikannya, sehelai dan dua helai di antara manusia ramai. Kemudian Rasulullah SAW perintahkan dicukur sebelah kiri pula. Dan diperbuatnya yang sama seperti itu juga. Kemudian Baginda memanggil Abu Talhah: "Mari kemari Abu Talhah!" Kemudian Rasulullah SAW memberikan rambutnya kepada Abu Talhah. Dalam Riwayat yang lain ditambah: "Rasulullah bersabda kepada Abu Talhah: Bahagi bahagikan antara manusia." [Kitab Imam Muslim Bab Sunnah Hari Nahar 9/53 & 54]



Kesimpulan Hadis ini:
1. Riwayat yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim tidak syak lagi akan kesahihannya.
2. Rasulullah SAW sendiri yang memerintahkan untuk dibahagikan rambutnya.
3. Rasulullah SAW adalah orang yang arif tentang Syirik dan yang paling menjaga umatnya dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik. Andai kata perbuatan membahagikan rambut Baginda kepada sahabat akan menjadi syirik. Sudah pasti Rasulullah SAW tidak akan membahagiakan-bahagikannya.
4. Rasulullah SAW tahu para Sahabat akan mengambil BARAKAH dari rambutnya. Ini kerana rambut itu tidak boleh dimakan. Ia hanya boleh disimpan. Kalau untuk dibuang, nescaya Rasulullah SAW tidak perlu membahagi-bahagikan kepada orang ramai.
5. Berkata Imam Nawawi RA: "Dan di antara dalil Hadis ini ialah: Harus berTABARRUK (mengambil BARAKAH) dengan rambut Nabi SAW, dan harus menyimpannya untuk tujuan berTABARRUK." [Syarah Hadis Imam Muslim "Bab Sunnah Hari Nahar.." 9/52]
6. Berkata al-Hafiz al-Zarqani (Pensyarah Kitab Hadis Muwatta' Imam Malik RA): "Hanyasanya Rasulullah SAW membahagi-bahagikan rambutnya agar menjadi BARAKAH yang berkekalan di antara mereka dan sebagai kenangan di antara mereka."
  

Serunding, Keenakannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Rasa yang sedap & enak dimakan dengan nasi yang panas, ketupat dan lontong. Penambah selera untuk pelbagai makanan. Pendek kata "CUKUP RASA". 

Kesedapan serunding adalah daripada ramuan asas serunding yang diperbuat daripada daging lembu/ayam/ikan, rempah ratus, dan santan. Kehebatan rasa serunding tidak dapat dipertikaikan lagi!


Serunding Daging atau ayam atau ikan sangat sesuai dijadikan sebagai inti sandwich roti kerana ia mudah dihidangkan dan rasanya sangat sedap. Taburkan serunding daging ditengah-tengah kepingan roti dan tambahkan kepingan keju dan sos untuk kenikmatan yang ekstra. Boleh juga makan sebagai snek ketika menonton televisyen bersama keluarga. 

(RESEPI BERBUKA & SAHUR DI BULAN RAMADHAN)

TEMPAH SEKARANG!



HARGA UPDATE: 15/7/2013 - STOCK ADALAH TERHAD!

ORDER 500g HINGGA 9.5Kg

SERUNDING DAGING Pakej 500g - RM45/pakej*   
(Harga 1KG ke atas adalah gandaan harga pakej 500g)

SERUNDING AYAM Pakej 500g - RM47/pakej*   
(Harga 1KG ke atas adalah gandaan harga pakej 500g)

SERUNDING IKAN Pakej 500g - RM37/pakej*   
(Harga 1KG ke atas adalah gandaan harga pakej 500g)

*Penghantaran Percuma ke Semenanjung. 
*Untuk sabah dan serawak tambahan RM5 untuk setiap bungkusan.


ORDER 10kg HINGGA 50Kg

SERUNDING DAGING Pakej 500g - RM40/pakej*   
(Harga 1KG ke atas adalah gandaan harga pakej 500g)

SERUNDING AYAM Pakej 500g - RM42/pakej*   
(Harga 1KG ke atas adalah gandaan harga pakej 500g)

SERUNDING IKAN Pakej 500g - RM32/pakej*   
(Harga 1KG ke atas adalah gandaan harga pakej 500g)

*Penghantaran Percuma ke Semenanjung. 
*Untuk sabah dan serawak tambahan RM5 untuk setiap bungkusan.


CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Langkah 1

Sila buat pembayaran ke salah satu akaun berikut: 

a) Maybank : 156012109959 (mohd azlizaim bin shamsudin)
atau ,
c) Cimb : 03060000391105 (Multi secret success)

Langkah 2

Sila hantar SMS/email maklumat berikut:

JENIS SERUNDING (Daging/Ayam/Ikan) <jarak> Jumlah Gram/Kg <jarak> Pilihan Bank (Cimb/Maybank/BIMB) <jarak> Jumlah Pembayaran <jarak> Tarikh & Waktu Pembayaran <jarak> Berapa pakej serunding daging? <jarak> Nama, No Phone & Alamat Penghantaran.

kepada 0199608700 / multisecretsuccess@gmail.com


KAMI AKAN URUSKAN PENGHANTARAN DALAM MASA 24~48 JAM


Ibadat di Bulan Ramadan:

1. Siapa yang mampu khatam Al-Quran 30 juzuk dalam bulan Ramadan.. Silakan
2. Solat Sunat tarawih.
3. Solat-solat sunat lain, terutama solat sunat awwabin yg jarang orang buat.
4. Bantu membantu sesama Islam dan bersedekah
5. Memberikan hidangan berbuka puasa.
6. Banyakkan baca tahlil, bertasbih dan salawat.
7. Banyakkan beristighfar dan bertaubat.
8. Banyakkan bersabar.
9. Tinggalkan dan jauhi segala perbuatan maksiat (mengumpat, berkelahi, fitnah-memfitnah, berbohong dll)
10. Iktikaf 10 hari terakhir Ramadan. (di masjid)
InsyaAllah.

SOLAT TARAWIH

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. 

Sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”

“Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Muslim)

RUJUKAN : JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

HUKUM PUASA DI BULAN RAMADHAN

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

NIAT PUASA RAMADHAN

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat sehari:

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali;

·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23

Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."

Walaubagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Ini sebagai panduan, Imam-imam yang lain ada kaedahnya yang tersendiri mengikut pengalaman mereka. 

Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23

'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan  yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R  Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:

"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh  hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R.  Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik.

Wallahu'alam.

Rujukan: As-Shaykh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Hasbi bin Hassan (www.ahmadiah-idrisiah.com)

Cuba semak sama ada handphone anda original atau pun tidak?

1- taip *#06#
2- Akan keluar IMEI ( international mobile equipment identity )
3- Sila semak no IMEI anda pada kedudukan ke 7 dan 8
4- contoh 358671017470473
5- kedudukn no 7 n\dan 8 adalah (******01******)
6- Bandingkan keputusan yang anda dapat dengan senarai di bawah:

> 02/20 [dari kilang Emirates/India] ~low quality
> 08/80 [dari kilang Germany] ~ fair quality
> 03/30 n 04/40 [dari kilang China] ~ good
> 06/60 [dari kilang Hong Kong ,China , Mexico] ~ good
> 05/50 [dari kilang Brazil, USA n Finland] ~ very good
> 01/10 [dari kilang Finland] ~ very good
> 00 [dari kilang asal handphone] ~ BEST MOBILE QUALITY
> 13 [dari kilang Azerbaijan] ~ very bab quality & dengerous for health

7- Cuba check sekarang!!!




Rupa-rupanya terlalu banyak DOSA Dr Mursi patutlah dia digulingkan!!

1.Dosa Mursi adalah karena mengembangkan terusan Suez menjadi pasar bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan pndapatan sebanyak 5.6 juta dollar pertahun, akan meningkat 100 juta dollar pertahun.

2.Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pencen sebanyak 200 % lebih, sementara harga-harga barang tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

3.Dosa Mursi adalah membangun kilang samsung terbesar di Arab di provinsi Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

4.Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata terpakai dari Amerika.

5.Dosa Mursi adalah membuat kilang innar (sejenis tablet/ipad), untuk seluruh rakyat agar dapat memakai barang elektronik bermutu dengan harga berpatutan.

6.Dosa Mursi paling besar adalah dia selalu sholat berjamaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki org padanya.

7.Dosa Mursi adalah kerana berusaha membina tenaga nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di Mesir.

8.Dosa Mursi adalah karena ia mampu menarik pelabur asing dan mendapat kepercayaan pelabur asing di Mesir.

9.Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua negara akan meningkat.

10.Dosa Mursi adalah krana mampu membuka peluang kerja baru untuk 600 ribu lebih orang penganggur.

11.Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa keluar ke luar negara oleh Husni Mubarak dan kroni2nya.

12.Dosa Mursi adalah menegakkan keadilan dan berusaha menghapuskan penipuan

Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi digulingkan oleh sisa-sisakroni Mubarak, liberal, sekular, komunis,. Mereka kecewa kerana Mursi telah gagal membawa Mesir ke arah kehancuran

[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil Yuliasari]




Siapa Dr Mohamed Mursi?


MOHAMED Mursi Isa’ al-Ayyat lahir pada 20 Ogos 1951 di al-Udwah, Wilayah As-Syarqiyah. Hidup dalam keluarga sederhana dan beragama. Bapanya petani dan ibunya suri rumah.

Berkahwin pada 1978, mempunyai lima anak dan tiga cucu. Kesemua anaknya adalah hafiz dan hafizah, begitu juga beliau dan isteri.



(Isterinya seorang hafizah)

Mursi melanjutkan pendidikan di Universiti Kaherah dalam bidang Kejuruteraan pada 1970 hingga 1975. Kemudian menyambung pengajian hingga memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di universiti sama pada 1978. Pada tahun itu juga, beliau ke Amerika Syarikat (AS) menyambung pengajian Doktor Falsafah di Universiti Southern California dan berjaya memperolehnya pada 1982.

Selepas itu, Mursi dilantik sebagai pensyarah di universiti sama, kemudian menjadi pembantu profesor di Universiti California-North Ridge. Kembali dari AS, beliau dilantik profesor dan Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material Universiti Zaqaziq pada 1985 hingga 2000.

Dakwah dan Politik


Mursi konsisten memperjuangkan keadilan, kebebasan, menentang kezaliman dan kekejaman sebagai ahli Maktab Irsyad (Dewan Syura) Ikhwanul Muslimin dan menjadi Ahli Parlimen (2000-2005).

Pada Pilihan Raya Parlimen 2005, beliau menewaskan pesaing dari parti Hosni Mubarak, Nasional Democratic Party (NDP) namun keputusan tidak berpihak kepadanya hingga pemilihan semula terpaksa dilakukan. Beliau beri perhatian serius terhadap isu Palestin dan Al-Quds. Beliau terpilih ahli Majlis Penentangan Terhadap Zionisme di Wilayah Syarqiyah dan pengasas Jawatankuasa Mesir Menentang Projek Zionisme.

Penjara dan Penangkapan

Mursi antara pendakwah aktif dalam jemaah Ikhwanul Muslim. Sikapnya menentang perilaku rejim zalim, menyebabkan beliau berkali-kali ditangkap. Selepas terjadinya pemalsuan Parlimen pada pemilihan 2005, Mursi menjadi tulang belakang dalam demonstrasi menyokong kehakiman bebas. Akibatnya, pada 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslimin dan dipenjara tujuh bulan.

Beliau pernah ditangkap bersama sebahagian besar pimpinan Ikhwanul Muslimin pada 28 Januari 2011 bagi menggelakkan beliau terlibat dengan demonstrasi. Keluarganya turut menjadi sasaran. Anaknya, Ahmad ditangkap ketika Mursi mencalonkan diri pada pemilihan 2000.

Menilai prestasinya, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir, majlis itu memilihnya sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

# menonton video ini sambil menitis air mata mengenangkan saudara/i kita di Palestin selepas ini, Allahuakbar3x



SEBARKAN