Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts


Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s.a.w, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama 
serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh,
puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Zina adalah suatu pekerjaan yang kotor dan keji. Satu perbuatan terkutuk, dan bagi yang melakukannya adalah besar sungguh dosanya. Satu pekerjaan laknat, pekerjaan syaitan dan perbuatan sesat. 



Firman Allah di dalam Al-Quran: 




Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Israa' 17:32)


Berbuat zina (jahat), adalah perbuatan keji sekali, kerana dari kejahatan itu terjadi bencana dan kemelaratan, seumpama "penyakit perempuan", Aids dan lain-lainnya. Dan akibat dari berzina itu, bilamana lahir anak dari perbuatan itu, maka tidak dapatlah dibangsakan kepada siapa anak itu dan nyatalah akan merosakkan pewarisan yang sebenarnya.


Sememangnya perbuatan zina itu tersangat kotor, sehingga Tuhan memerintahkan kepada Kejayaan Islamiyah supaya yang berzina itu dijalankan hukuman 100 dera (pukulan) sebagaimana tersebut dalam kitab suci Al-Quran: 

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)

Di dunia ini sahaja sudah begitu hebat kutuk dan dera yang akan diterima oleh penzina itu, apatah lagi hukuman dan balasan Allah kelak di Hari Akhirat. Menurut yang sering dijelaskan oleh mubaligh-mubaligh dalam pandangan yang diperlihatkan kepada Nabi saw sewaktu baginda Isra', iaitu baginda melihat beberapa kumpulan manusia laki-laki dan perempuan di hadapan dua piring yang berisi daging. Satu piring berisi daging biasa manakala satu lagi berisi daging juga tetapi bangkai yang busuk dan keji. Tetapi manusia-manusia itu otomatis tangannya mengambil dan meratah pada bngkai daging busuk itu sahaja, dan daging biasa sedikit pun tidak disentuhnya.

Ini sebagai simpulan bagi orang-orang yang melakukan zina, ia ada mempunyai isteri yang halal, tetapi masih suka bernafsu mencari perempuan pelacur dan haram. Bagi yang belum kahwin, masih ada jalan ang baik iaitu bernikah, tetapi tidak mahu, lebih suka bergaul bagaikan kambing sahaja keduanya. Dan juga dalam perjalanan Isra' itu, Nabi melihat suatu gerombolan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan ke atas mereka. 

Mereka digantung pada buah dadanya (payu dara) dengan rantai api Nereka, sedang faraj mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuknya, sehinggakan ahli Neraka sendiri mengeluh dan mengharapkan agar mereka-mereka (penzina) itu dijauhkan dari mereka. Inilah manusia-manusia sewaktu hayatna gemar melacur dan berzina. Demikianlah dipertontonkan kepada Nabi sebagai perumpamaannya. 

Menurut hadis yang diperolehi mengenai bagaimana hebatnya seksa bagi orang-orang yang berzina adalah tersebut dibawah ini:

Menurut satu riwayat daripada Rasullullah saw, beliau bersabda: "Takutlah kamu akan berbuat zina, kerana bagi yang berzina itu akan diberikan 6 macam bala seksaan - tiga seksa sewakti di dunia, iaitu dengan berbuat pekerjaan terkutuk itu, Allah akan mengurangkan rezekinya dan menghilangkan keberkatan umurnya dan sewaktu dicabut nyawanya kelak, dengan tiada rahmat dan belas kasihan sedikit pun kepadanya"

"Jauhlah oleh kamu akan zina, kerena kecelakaannya 4 macam: Hilang kebaikan pada mukanya disempitkan rezekinya, dan kemurkaan Allah ke atasnya, dan menyebabkan kekekalannya di dalam Nereka," (Riwayat At-Thabranii an Ibni Abbas)

Dan di hari akhirat keak, sangatlah murka Allah ke atasnya sangatlah berat pertanggunggan seksa ang ditimpakan ke atasnya da akan diseret ke Neraka dengan rantai.

Sabda Nabi saw: "Dan siapa-sapa yang berzina dengan seorang perempuan, sekwatu berbangkit dari kuburnya kelak, sesungguhnya ia merasai sangat kehausan"

Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi tersebut, sesungguhnya tersangatlah ngeri azab dan seksa yang akan diterima oleh orang yang melakukan perbuatan durjana itu. 

Dari itu, hendaklah dan wajiblah bagi kita menjauhi benar0benar, kalau kita betul mempercayai Al-Quran serta hadis Nabi, supaya haruslah kita mengelak dari sebab-sebab yang boleh menjatuhkan kita menghampiri kepada perbuatan zina itu. Kelakuan-kelakuan yang mengakibatkan zina itu salah satu diantaranya ialah pergaulan bebas. 

Pergaulan bebas diantara pemuda dan pemudi atau antara laki-laki dan perempuan itu sungguhlah sangat merbahaya, dan boleh mengakibatkan tertimbunya perbuatan durjana zina. Patut benar kita insaf mendengar apa yang disebutkan oleh salah seorang ulama, Sheikh Mustafa Al-Hammami yang pernah berkata:

"Sesungguhnya kebebasan pergaulan laki-laki dan perempuan di dalam dan di luar rumah itulah sebab yang utama menyebabkan jatuhnya kejahatan (zina) ini. Dan itulah ang menyebabkan zina itu berkembang dengan seluas-luasnya. Sesiapa yang hendak menghapuskan dan mencabut dari akarnya, maka hendaklah ia melarang ahli keluarganya daripada pergaulan yang tiada berbatas itu"

Itulah salah satu kata-kata dari seorang ualam kita, dan sememangnya dalam agama pun hal ini dilarang keras, sebagaimana sabda Nabi saw yang telah diriwayatkan oleh Thabranii:

"Jauhilah oleh kamu bersunyi-sunyi dengan perempuan. Demi Allah, tiada bersunyi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, melainkan masuklah syaitan di antara keduanya."


Demikianlah larangan mengenai perjaulan bebas antara laki-laki dan perempuan, atau antara pemuda dan pemudui. Apatah lagi bertari antara pemuda dan pemudi mahupun laki-laki dan perempuan, sungguh sangatlah larangan dan kutuk serta azab yang akan diterimanya kelak. 

Ada hadis nabi yang mengatakan, sabdanya:

"Dicucuk kepala kamu dengan harum daripada besi adalah lebih baik daripada menyentuh kulit perempuan yang tidak halal bagimu"

Demikianlah halnya, sedang menyentuh sahaja sudah hebat seksanya, dan apakah waktu berdansa itu tidak menyentuh satu dengan yang lain? Rasanya lebih dari menyentuh lagi, dan memegang peluk dan meraba lagi antara kedua jenis manusia ini. 

Berdasarkan hadis tersebut, berdosalah orang-orang yang suka bersentuhan dengan perempuan, juga berjabat tangan antara keduanya. Nabi ada menjelaskan dalam salah satu hadis yang maksudnya:

"Barang siapa berjabatan tangan (bersalaman) dengan seorang perempuan yang haram, maka kelak di Hari Akhirat, dirantai ia dengan rantai api Neraka. Dan jikalau diciumnya, maka kelak di Hari kemudian, digunting kedua bibirnya dengan gunting dari api Neraka. dan jika dizinainya, maka kedua pahanya akan menyaksikan kelak di Hari Kemudian mengenai pekerjaannya yang terkutuk itu, dan Allah akan sangat murka kepadanya"

Ini adalah sebahagian firman Allah yang menjelaskan, bagaimana persaksian anggota tubuh kita kelak di Hari Kemudian.

Firman Allah di dalam Al-Quran:

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan." (Yaa Siin 36:65)

Sungguh hebat benarlah apa yang ditanggung oleh manusia-manusia yang melakukan zina itu kelak di Hari Kemudian, dan ditimpa dengan hebat dan pedih seksa itu, sesuai dengan perkara yang dilakukan masing-masing. Dan kalau menzinai perempuan uang sudah bersuami, maka berlainlah pula dosa dan seksanya, sebagaimana menurut sebuah hadis juga di mana pernah Nabi mengatakan yang bermaksud:

"Barangsiapa berzina dengan perempuan yang telah bersuami adalah bagi lelaki dan perempuan yang berzina itu, seksa yang sangat hebat sekali. Nanti pada Hari Kiamat, Alah memberikan segala kebaikan lelaki (penzina) itu kepada suami perepuan itu, dan segala dosa (yang telah dlakukan oleh si suami) ditanggungkan (dibebankan) kepada lelaki tersebut itu.

Bilamana si suami mengetahi pekerjaan isterinya yang sesat itu (berzina) dengan lelaki lain sedang ia tiada ambil peduli sahaja dalam hal itu, maka Allah mengharamkan akan dia itu masuk syurga,"

Demikian serba ringkas bagaimana azab dan seksa bagi orang-orang yang berzina dan sesungguhnya wajiblah bagi kita menjauhi sejauh-jauhnya. Dan kepada keluarga dan anak-anak kita, hendaklah kita didik agar jangan mereka bergaul bebas antara pemuda dan pemudi, kerana itu adalah salah satu sebab yang mengakibatkan zina. 

Dan perlulah dimaklumi bahawa hendaklah kita sebgai orang muslim yang beriman, menjaga dan memelihara diri dari berzina, jangan sekali-kali dihampiri zina itu kerana sugguh besar mudarat dan dosanya, sedapnya hanyaah seketika tetapi dosanya berkepanjangan dan sungguh berat seksa yang akan diterima.

Allah telah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah kepada orang-orang yang beriman, supaya ia menutup pandangannya daru nelihat apa yang terlarang dan enjagan kehormatannya dari kejahatan (jangan berzina), demikianlah yang sebaik-baiknya, Allah maha mengerti apa-apa ang mereka lakukan,"

Dan seterusnya lagi firman Allah yang bermaksud:

"katakanlah kepada orang-orang yang beriman (wanita) supaya ia merendah pemandangannya dan menjaga kehormatannya, jangan ia memperlihatkan hiasannya selain yang sudah biasa nyata kelihatannya."


Obesiti menjadi satu masalah utama yang kian meningkat di negara ini. Ramai di antara kita lebih gemar memilih makanan segera (fast food) daripada memasak sendiri di rumah dan sudah semestinya makanan yang dimasak sendiri lebih sihat dan lebih banyak nutrisi.





Sumber rujukan yang terhad disamping kekurangan panduan yang lebih mudah, mungkin juga faktor utama mengapa ramai diantara kita masih gagal meningkatkan tahap kecerdasan badan. Panduan yang didapati di internet mungkin terlalu rumit untuk dipelajari dan menjadi lumrah bagi kebanyakan dari kita tidak gemar untuk 'berubah secara mendadak' bagi merealisasikan matlamat mereka walaupun hakikat sebenar, mereka sangat mengidamkan gaya hidup yang sihat. Usah risau, meningkatkan tahap kecerdasan anda tidak bermaksud anda perlu mengubah gaya hidup anda secara mendadak. Anda hanya perlu lebih banyak senaman, makan makanan yang lebih sihat, dan memilih gaya hidup yang lebih sihat. Malahan, anda masih boleh teruskan gaya hidup anda yang sedia ada!

Tips pertama: PEMAKANAN YANG SIHAT

Makan makanan yang sihat bukanlah bermaksud anda perlu makan sayur-sayuran sahaja. Anda masih boleh makan makanan harian anda tetapi perlu mengambilnya dalam jumlah yang sedikit sahaja. Jangan pula sampai anda kelaparan kerana DIET. Anda disarankan untuk makan lebih kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit (teknik INTERVAL). Cara ini bukan sahaja meningkatkan metabolisma badan anda (penting untuk bakar lemak badan) tetapi mengelakkan badan daripada rasa lapar. Cadangan, 6 kali sehari. 

Tips kedua : MINUMAN

Kita semua tahu, setiap hari kita perlu minum 8 hingga 10 gelas sehari. Ya, ini adalah salah satu tips yang baik untuk kecerdasan. Air akan membantu badan untuk membuang toksin dan membantu sistem perkumuhan. Anda boleh gabungkan bersama tips pertama di mana, sebelum makan minum sedikit air supaya badan cepat rasa kenyang dan dalam waktu yang sama, ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Kaedah ini akan mengurangkan kadar pengambilan kalori harian anda. 

Tips ketiga: SENAMAN

Mungkin ramai di antara kita akan berhenti membaca bila mendengar perkataan SENAMAN. Anda sebenarnya tidak perlulah ke gym dan menjalani latihan untuk sukan olimpik! Anda boleh memilih alternatif lain yang sudah menjadi sebahagian dari hidup anda. sebagai contohnya, berjalan kaki. Cuba luangkan masa 10 minit hingga 30 minit sehari. Fakta menunjukkan, berjalan 10 minit hingga 30 minit sehari akan menyegarkan minda dan badan. Jika diperingkat permulaan anda tidak mampu, lakukan semampu sahaja. Anda tidak perlu memaksa diri hingga kepenatan. Lakukan peningkatan setiap hari, tambah jarak perjalanan atau tempoh 'senaman' ini pada hari berikutnya. Mudah bukan? Anda juga boleh gunakan tangga sebagai alternatif kepada penggunaan lif. Kadar pembakaran kalori (lebih banyak kalori dibakar, lebih cepat anda turun berat badan) lebih tinggi lagi. Jangan lupa cuba!


Matlamat utama asas kecerdasan ini adalah untuk mengurangkan kadar pemakanan harian (tanpa kelaparan), menambah tempoh senaman, dan memilih rutin harian yang lebih sihat. Cuba lakukannya untuk 2 minggu pertama, InsyaAllah pasti kesan ketara! Jika anda tidak percaya, mungkin rakan-rakan atau keluarga anda boleh memberikan komen tentang perubahan anda! Selamat maju jaya.