Telah diriwayatkan oleh Imam Muslim tentang kisah Rasulullah SAW membahagikan rambutnya diwaktu bertahallul.
"Maka (Tukang Cukur Rambut Rasulullah SAW) mula mencukur dengan bahagian kanan. Maka Rasulullah SAW membahagi bahagikannya, sehelai dan dua helai di antara manusia ramai. Kemudian Rasulullah SAW perintahkan dicukur sebelah kiri pula. Dan diperbuatnya yang sama seperti itu juga. Kemudian Baginda memanggil Abu Talhah: "Mari kemari Abu Talhah!" Kemudian Rasulullah SAW memberikan rambutnya kepada Abu Talhah. Dalam Riwayat yang lain ditambah: "Rasulullah bersabda kepada Abu Talhah: Bahagi bahagikan antara manusia." [Kitab Imam Muslim Bab Sunnah Hari Nahar 9/53 & 54]
Kesimpulan Hadis ini:
1. Riwayat yang terdapat di dalam Sahih Bukhari dan Muslim tidak syak lagi akan kesahihannya.
2. Rasulullah SAW sendiri yang memerintahkan untuk dibahagikan rambutnya.
3. Rasulullah SAW adalah orang yang arif tentang Syirik dan yang paling menjaga umatnya dari perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik. Andai kata perbuatan membahagikan rambut Baginda kepada sahabat akan menjadi syirik. Sudah pasti Rasulullah SAW tidak akan membahagiakan-bahagikannya.
4. Rasulullah SAW tahu para Sahabat akan mengambil BARAKAH dari rambutnya. Ini kerana rambut itu tidak boleh dimakan. Ia hanya boleh disimpan. Kalau untuk dibuang, nescaya Rasulullah SAW tidak perlu membahagi-bahagikan kepada orang ramai.
5. Berkata Imam Nawawi RA: "Dan di antara dalil Hadis ini ialah: Harus berTABARRUK (mengambil BARAKAH) dengan rambut Nabi SAW, dan harus menyimpannya untuk tujuan berTABARRUK." [Syarah Hadis Imam Muslim "Bab Sunnah Hari Nahar.." 9/52]
6. Berkata al-Hafiz al-Zarqani (Pensyarah Kitab Hadis Muwatta' Imam Malik RA): "Hanyasanya Rasulullah SAW membahagi-bahagikan rambutnya agar menjadi BARAKAH yang berkekalan di antara mereka dan sebagai kenangan di antara mereka."