Asas yang perlu kita tahu tentang Vitamin C ialah ianya tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Bermakna ia perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari. Sumber vitamin C adalah daripada buah-buah sitrus, beri dan sayur-sayuran.
Fungsi Vitamin C Untuk Tubuh
- ANTIOKSIDAN – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser
- MENINGKATKAN FUNGSI METABOLIK TUBUH – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu, meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
- MENGELAKKAN ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL.
- PEMBENTUKAN & PEMELIHARAAN KOLAGEN – kolagen tubuh memerlukan vitamin C
- IMUNITI – meningkatkan imuniti
- SERAP ZAT BESI
- SINGKIR TOKSIN – Vitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh
Kesan Kekurangan Vitamin C
- Luka lambat sembuh
- Gusi mudah luka dan berdarah
- Kelesuan melampau
- Sakit sendi
- Mudah diserang selesema
- Stress
- Kulit kering
Interaksi Positif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain
- Amat bagus diambil bersama Vitamin E. Meningkatkan potensi Vitamin C
- Ambil bersama iron tapi jangan dalam megadose. Ikut arahan label.
Interaksi Negatif Vitamin C dan Vitamin/Mineral/Ubat Lain
- JANGAN ambil vitmin C dengan ubat diabetes kerana ia boleh mengurangkan kesan ubat itu.
- JANGAN ambil vitamin C dengan Aspirin kerana boleh mengganggu perut.
Ikut Arahan DOS PADA LABEL, kerana…
- Menyebabkan oksidasi (adverse effect, ia tidak lagi menjadi antioksian) jika diambil berlebihan oleh pesakit buah pinggang.
- Menyebabkan bayi dalam kandungan menghadapi simptom kurang vitamin C apabilalahir jika ibunya mengambil lebih daripada 5000mg (LIMA RIBU, BUKAN LIMA RATUS) Vitamin C semasa hamil.
Vitamin C terbaik adalah yang diperbuat dari bahan semulajadi dan terpilih, kerana vitamin C memerlukan bioflavonoid yang meningkatkan keberkesanan Vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.